SIREH JUNJUNG - Tahukah anda?


Tahukah Andah?
.
Maksud tersirat daripada gubahan sireh junjung itu adalah kehidupan setelah berumah tangga akan lebih mencabar dan pelbagai onak duri serta suka duka akan dilalui bersama.
.
Daun sirih
Mempunyai maksud tersirat di mana menggambarkan hati yang mulia, tidak berputus asa serta rendah diri apabila bersama pasangan dalam hidup berumahtangga.
.
Gambir
Rasa pahit daripada gambir melambangkan keteguhan hati walaupun menghadapi kesusahan dan keperitan dalam kehidupan bersama.
.
Kapur
Mempunyai rasa yang payau, sedikit pahit dan panas sekiranya dimakan bersama daun sirih. Ini menunjukkan bahawa hati pasangan adalah suci dan akan menempuhi cabaran bersama pasangan selamanya.
.
Buah pinang
Maksud pemberian buah pinang adalah lambang keturunan yang baik dan berhati mulia.
.
Tembakau
Membawa maksud pasangan adalah seorang yang tabah dan sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan yang tersayang.
.
Cengkih
Rasa pedas yang wujud dari cengkih memberi gambaran bahawa si dia seorang yang berpegang kuat pada prinsip.
.
.
Untuk gubahan sireh junjung:
.
1.Menggunakan daun sirih yang segar.
.
2.Memilih saiz daun sirih yang berlainan sekurang-kurangnya 13 helai daun.
.
3.Anda boleh menggubahnya mengikut citarasa, sama ada untuk tema gubahan moden, unik, atau klasik.
.
4.Setelah gubahan daun sirih selesai, selitkan bahan lain seperti gambir, kapur, buah pinang, tembakau dan cengkih di sebalik dan celahan daun sirih.
.
5.Akhir sekali, renjiskan air bunga mawar untuk mewangikan gubahan daun sirih dan kelihatan segar apabila diiring ke majlis.
.
.
#sirehjunjung
#mawar
#mine3ndphotography
#mine3nd
#femalephotographer
#fotograferperkahwinan
#fotograferperempuan
#fotograferperempuanmalaysia
#muslimahphotographer

Comments

Popular Posts